Di ambil dari: SEJARAH SEKOLAH | SEKOLAH MENENGAH TELOK PANGLIMA GARANG
Sejarah penubuhan SMKTPG bermula pada akhir tahun 1965, apabila timbul kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk menubuhkan sebuah sekolah menengah di Mukim Telok Panglima Garang. Melalui rundingan, tapak seluas 3,318 hektar telah diambil alih dengan bayaran ganti rugi sebanyak RM60,450 kepada beberapa pemilik tanah pada 18 Julai 1968. Dengan usaha rundingan Y.B. Dato' Syafei (wakil rakyat pada masa itu) bersama Setiausaha Kementerian Pendidikan urusan pembinaan sekolah dengan kos RM30,000 berjaya diluluskan. Akhirnya, pada tahun 1972 bangunan SMK Telok Panglima Garang tersergam dengan indahnya dan mula digunakan pada 2 Januari 1973.
En. Ahmad Busu telah dilantik sebagai pengetua pertama sekolah ini. Sekolah ini telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Muhamad bin Yaakob, Menteri Pendidikan Malaysia pada 23 Mei 1974. Dengan bertambahnya bilangan pelajar pada 30 November 1980, pihak sekolah telah mendapat peruntukan bangunan tambahan iaitu 6 buah bilik darjah, stor dan 3 buah makmal sains tulen hasil usaha pengetua kedua iaitu En. Ishak bin Talaha yang mula bertugas pada 1 Januari 1980. Kunci bangunan tersebut telah diserahkan pada 14 Februari 1985.
2 buah blok asrama (lelaki dan perempuan) dan sebuah dewan makan, 4 buah pintu rumah guru juga telah dibina dan disiapkan pada tahun 1997. Sebuah surau telah dibina pada tahun 1998 yang diperbesarkan pada tahun 2000. Bangunan blok F setinggi 3 tingkat yang menempatkan kelas dan makmal sains tulen pun telah mula dibina pada tahun 1999 untuk menampung keperluan pelajar SMKTPG yang semakin bertambah.
Seterusnya pada pertengahan tahun 2008, SMKTPG telah mendapat sebuah lagi bangunan tambahan iaitu bangunan SKSB (Sejambak Kasih Sekalung Budi). Pembinaan bangunan SKSB dibiayai sepenuhnya hasil hasil usaha keras pihak PIBG dan sekolah.[1]
(Info tambahan)
Sebelum pembinaan Asrama Lelaki/Perempuan dan bangunan Tingkatan 6 (pra-Universiti), ketika itu SMKTPG masih lagi dengan nama Sekolah Menengah Telok Panglima Garang (SMTPG). (Bapa saya berkata, ketika beliau bersekolah belum tiada lagi Asrama dan masih dipanggil SMTPG. Untuk tingkatan 6 pula, saya telah membuat satu keputusan bahawa ketika tiada Asrama dan blok Pra-Universiti, ketika itu sekolah masih dengan nama SMTPG.)
Pada 2001, sebelum pembinaan SMK Sijangkang Jaya, SMKTPG mempunyai 23 kelas, selepas pembinaan SMK Sijangkang Jaya mempunyai 3 kelas yang dipecahkan dan dibahagi daripada SMKTPG, selepas itu SMKTPG mempunyai 10 kelas dan SMK Sijangkang Jaya mempunyai 10 kelas, sebelum SMK Sijangkang Jaya mempunyai 10 kelas, SMK Sijangkang Jaya hanya mempunyai tingkatan 1 sahaja terlebih dahulu sebelum kelas daripada SMKTPG dibahagikan. (Di sekolah, guru saya telah memberikan penerangan tersebut, beliau seorang guru yang telah lama berkhidmat di sekolah saya dan masih berkhidmat sehingga hari ini.)








